Penjenamaan : Siapa yang menjadi pilihan anda?

Standard

image

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Kajian kes ini berkisar tentang servis web development yang ditawarkan oleh 3 pihak yang telah memberi respon secara Personal Message kepada posting saya di grup direktori website – mencari JV utk projek website.

Ini kerana saya menerima banyak permintaan supaya menyediakan servis laman web walaupun jelas saya cuma fokus dengan servis pengiklanan media sosial.

Jika anda sedang mencari servis website dan perlu membuat keputusan segera, sila pilih di antara 3 jawapan berikut.

Siapa yang menjadi pilihan anda?

Pertama.

Web developer A yg mempunyai profil fb tertulis deskripsi ” Penyapu Sampah Di Kaki Lima ” menghantar PM berbunyi,

” boleh sy tw website mcm mna yg client nak?
biasa atau shopping cart?
n platform mcm mna dia nk? adakah dri ready template or build from 0? ”

Kedua.

Web developer B lengkap dgn gambar profile yg jelas deskripsi ” CEO di Consultancy … ” pula menghantar PM berbunyi,

” Assalamualaikum. Sifu Eiman, saya dapat tahu sifu eiman hendak mencari rakan jv untuk website?

Inshaa allah saya boleh bantu sebab saya juga seorang webdeveloper. Berkenaan dengan website yg dikehendaki iaitu yg memiliki butik di seremban tu, boleh saya tahu bentuk website yang diperlukan? ”

Ketiga.

Seterusnya Web developer C, tanpa gambar pemilik, cuma tulisan nama berwarna merah dan background hitam pekat dengan deskripsi profil ” Designer at Pakar Blog ” menghantar PM berbunyi,

” salam cik puan.. kalau nak outsource projek buat website boleh mesej pada saya.. terima kasih.. ”

Berdasarkan pemerhatian tersebut, siapakah lebih cenderung mendapat perhatian anda?

Penjenamaan adalah penting dalam pemasaran.

Anda boleh dapatkan info berkaitan pernjenamaan melalui pelbagai cara dan medium.

JENAMA ANDA TANGGUNGJAWAB ANDA.

image

Like dan share jika bermanfaat🙂

Sifu Eiman,
RAUB, Pahang

image

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s